1. Istimewanya menolong
Orang Menolong orang adalah lebih baik daripada berikhtikaf selama sebulan di Masjid Nabawi.
2. Hebatnya akal
Manusia sentiasa ada kelebihan samaada didunia dan diakhirat.
3. Mendapat selawat malaikat
Seseorang
muslim yang mengucapkan salam sesama muslim dan menjawab kembali salam
itu, malaikat akan memberi selawat sebanyak 70 kali keatasnya
4. Perniagaan ibadat
Ibadat itu seperti berniaga dimana kedainya adalah bersunyi-sunyian, modalnya adalah takwa dan keuntungannya adalah syurga.
5. Jangan marah
Syaitan sangat suka menguasai anak Adam yang dalam keadaan marah.
6. Takwa yang dipandang
Tiada perbezaan diantara orang yang berkulit hitam atau putih, kaya atau miskin melainkan ketakwaan yang membezakannya.
7. Kesenangan di syurga.
Didalam
syurga terdapat kesenangan yang tidak tergambar oleh mata, tidak
terdengar oleh telinga dan tidak terlintas dihati manusia.
8. Jatuhlah dosa.
Seseorang
yang sembahyang akan diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan
kedua-dua belah bahunya, maka apabila rukuk/sujud maka berjatuhkanlah
semua dosa dosa uang diletakkan itu.
9. Bacaan
sebelum tidur. Apabila duduk ditempat tidur, maka bacakanlah ayat
Kursyi hingga akhir nescaya akan dilindungi Allah dari syaitan yang
durjana hinggalah ke pagi.
10. Orang paling kuat
Orang paling kuat adalah orang yang boleh bangun pada tengah malam untuk bertahajjud kepada Allah dan boleh bangun untuk Subuh.
11. 2 nikmat
2 nikmat yang sering manusia tertipu tentangnya iaitu waktu sihat dan waktu lapang.
12. Istimewanya Jumaat
Hari
Jumaat adalah hari Adam masuk syurga dan dikeluarkan dia darinya serta
pada hari itu jugalah terjadinya Kiamat tidak pada hari-hari lain.
13. Tanda-tanda Kiamat
Tanda-tanda
Kiamat ialah apabila hapusnya ilmu agama, berjangkitnya kejahilan,
melimpahnya minuman keras dan bermaharajalelanya perzinaan.
14. Orang yang baik
Orang
yang baik tidak dianggap baik sekiranya meninggalkan dunianya kerana
Akhirat dan tidak juga meninggalkan Akhiratnya kerana dunianya.
Sehinggalah mereka perolehi kedua-duanya sekali.
15. Istimewanya orang sakit
Sakit seorang hamba yang sakit lebih 3 hari ,maka keluar dosa-dosanya sebagaimana baru lahir dari kandungan ibunya.
16. Rumah dermawan
Rasulullah pernah bersabda sesungguhnya didalam syurga ada rumah yang bernama rumah orang yang dermawan.
17. Martabat disisi Allah
Siapa merendahkan martabat diri kepada Allah, maka Allah mengangkatnya kepada yang tinggi disisinya.
18. Dilarang prasangka
Jauhkanlah diri daripada buruk prasangka kerana prasangka itu adalah perbicaraan yang paling buruk.
19. Ubat hati
Ubat hati yang luka adalah iman yang kuat.
20. Supaya rezeki datang
Hubungkanlah kasih sayang sesamamu, nescaya rezekimu berdatangan dari jurusan yang tidak terduga.
21. Istimewanya
al-Quran 5 macam untuk mengubat hati iaitu duduk dekat orang soleh,
membaca Al-Quran, mengosongkan perut, bangun waktu malam untuk bersujud
kpd. Allah dan merendah diri kepada Allah. "