Wednesday, 25 May 2011

Telah ditakdirkan

Telah ditakdirkan sejak dari Azali
Kehidupan sudah tertulis jadi begini
Menjalani hidup yang perit sekali
Menghadapi manusia yang berbagai ragam
Bertemu rakan yang di anggap sahabat sejati
Namun
Akhirnya di khianati serta ditinggal pergi begitu sahaja
Inikah kehidupan
Tak semestinya dapat apa yang diimpikan
Tapi akan dapat sesuatu yang tidak diinginkan

Aku Pasrah dengan suratan takdir yang telah ditetapkan
Walaupun aku ditinggalkan
Tapi
Aku masih ada ayah, kakak, abang dan kawan-kawan
Yang penting sekali Allah S.w.t yang selalu ada
Walau di mana dan walau bagaimana perit pun kehidupan
yang terpaksa ku lalui ini

Kesilapan lepas membuatku sedar
Kita tak perlu taksub dengan apa yang kita ada
Sehingga melupakan Tuhan
Sehingga melupakan kewujudan diri di muka bumi
Yang hanya sementara sahaja

Semuanya bermula daripada diri sendiri
Apa yang berlaku jadikan pengajaran
Pedoman untuk menjalani hidup agar lebih berwaspada
Semoga apa yang telah berlaku tidak akan berulang lagi
Semoga kehidupanku pada hari esok akan lebih baik
Daripada semalam
Semoga diriku tabah menjalani hidup yang mendatang
Insya-Allah..........

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah.. Syukur nikmat yang Allah beri pada hamba yang lemah ini Setelah menunggu dalam 6 Tahun akhirnya bersama... Akan ku jaga ama...