Monday, 13 June 2011

Akibat Meninggalkan Solat dan Nisbah Dosa Meninggalkan Sembahyang

AKIBAT MENINGGALKAN SOLAT

Siksaan Ketika Hidup Di dunia
  • Allah s.w.t mengurangkan keberkatan umurnya
  • Rezekinya dipersempitkan oleh Allah s.w.t
  • Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam
  • Hilang cahaya soleh dari wajahnya
  • Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala
Siksaan Ketika Sakaratul Maut
  • Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina
  • Matinya dalam keadaan menderita kelaparan
  • Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan
Siksaan Ketika Dalam Kubur
  • Allah s.w.t akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya
  • Kuburnya akan digelapkan
  • Allah s.w.t akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat
Siksaan Ketika Berada Di Akhirat
  • Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mahsyar oleh malaikat
  • Allah s.w.t tidak akan memeandangnya dengan pandangan belas kasihan
  • Allah s.w.t tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalam neraka
NISBAH DOSA MENINGGALKAN SEMBAHYANG
  1. Sembahyang Subuh Ia akan disiksa selama 60 tahun di dalam Neraka (bersamaan 60,000 tahun dunia)
  2. Sembahyang Zuhur  Dosanyaseperti membunuh 1000 jiwa orang islam
  3. Sembahyang Asar    Dosanya seperti ia meruntuhkan kaabah
  4. Sembahyang Maghrib Dosanya seperti ia berzina dengan ibunya (bagi lelaki) atau dengan ayahnya (bagi perempuan)
  5. Sembahyang Isyak    Allah s.w.t tidak redha ia hidup di bumi Allah s.w.t ini dan digesa agar ia mencari bumi lain

Thursday, 2 June 2011

TERLALU BANYAK NIKMAT YANG SUDAH ANDA TERIMA


  Kelembutan Allah akan berterusan dalam tempoh yg lama, bak kesayuan pandangan mata.

           INGATLAH, wahai saudariku, sesungguhnya kesusahan ada kemudahannya. Selepas cucuran airmata akan muncul pula sebuah senyuman, dan selepas malam akan menjelma siang. Awan duka akan berselerak dan terpancar, malam-malam pekat akan menjadi terang,musibah akan selesai dan derita akan berakhir, kerana Allah s.w.t menjanjikan demikian.

           Pada masa yg sama, hendaklah anda ketahui..sesungguhnya anda akan beroleh imbuhan atau pahala.Jika anda seorang ibu, anak-anakmu akan menjadi penyokong Islam dan penolong agama,jika anda mampu mendidik mereka dengan pendidikan yang benar. Mereka akan berdoa untukmu dalam sujud-sujud dan dalam ibadah malam mereka.

          Alangkah bahagianya menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang dan kelembutan. Dan cukuplah bagimu untuk merasa mulia dan bahagia. Ibu Nabi Muhammad s.a.w juga adalah seorang ibu yang telah menghadiahkan seorang pemimpin yang luar biasa dan Rasul yang mulia kepada seluruh manusia.

          Anda sendiri pun, sebenarnya..mampu menjadi seorang penyeru ke jalan Allah di antara wanita-manita sejenismu. Berbicaralah dengan kata-kata yang menyejukan hati, dengan nasihat yang baik, dengan hikmah, berdebat dengan cara yang baik, dengan berbincang, dengan petunjuk, dengan contoh yang benar dan bertoleransi.

         Terdapat ramai wanita sentiasa di kenang dan diingati kerana menjadi rujukan dalam agama, rasa malu, hijab, akhlak yang baik, hormati tetangga, dan taat pada suami. Kisah hidupnya akan harum dan sentiasa diceritakan oleh ramai orang, dijadikan nasihat di majlis-majlis dan sebagai idola.


                                   PEDOMAN HIDUP

    HARI ESOK AKAN MENGHAPUS SEMUA MIMPI BURUK,           
    MENGUSIR SEMUA KESEDIHAN, DAN MENGGANTINYA
                            DENGAN CANDA DAN TAWA

  "ALLAH AKAN MENJADIKAN KELAPANGAN SELEPAS KESEMPITAN"

Wednesday, 1 June 2011

Sama-sama kita renungi

  • Di waktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya
  • Di waktu kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya
  • Di waktu kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya
  • Di waktu kamu menduakannya, ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu
  • Di waktu kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu
  • Maka kamu akan merasakan bermakna dia untukmu
  • Jangan sampai nanti dia sudah tidak lagi disisimu, kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu
  • Yang indah hanya sementara
  • Yang abadi adalah kenangan
  • Yang ikhlas hanya dari hati
  • Yang tulus hanya dari sanubari
  • Tidak mudah mencari yang telah hilang
  • Tidak mudah mengejar impian
  • Namun yang lebih susah adalah mempertahankan yang ada
  • Karena walaupun digenggam terlepas jua
  • Ingatlah kata pepatah; "Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini".
  • Belajar menerima apa adanya dan berfikiran positif
  • Hidup bagaikan mimpi, seindah apa pun, begitu bangun semuanya akan sirna tidak berbekang
  • Rumah mewah, harta benda, kedudukan, jawatan, namun ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tidak dapat dibawa, sehelai benang pun tidak mampu dimiliki
  • Apalagi yang mahu diperebutkan
  • Apalagi yang mahu disombongkan
  • Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
  • Jangan terlalu berhitung
  • Jangan hanya mahu menang sendiri
  • Jangan suka menyakiti sesama, apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita
  • Belajarlah tiada hari tanpa kasih
  • Selalu berlapang dada dan mengalah
  • Hidup sentiasa ceria dan bebas
  • Tidak ada yang tidak dapat diikhlaskan
  • Tidak ada sakit hati yang tidak mampu dimaafkan
  • Tidak ada dendam yang tidak mampu dihapuskan

Alhamdulillah.. Syukur nikmat yang Allah beri pada hamba yang lemah ini Setelah menunggu dalam 6 Tahun akhirnya bersama... Akan ku jaga ama...