Thursday, 2 June 2011

TERLALU BANYAK NIKMAT YANG SUDAH ANDA TERIMA


  Kelembutan Allah akan berterusan dalam tempoh yg lama, bak kesayuan pandangan mata.

           INGATLAH, wahai saudariku, sesungguhnya kesusahan ada kemudahannya. Selepas cucuran airmata akan muncul pula sebuah senyuman, dan selepas malam akan menjelma siang. Awan duka akan berselerak dan terpancar, malam-malam pekat akan menjadi terang,musibah akan selesai dan derita akan berakhir, kerana Allah s.w.t menjanjikan demikian.

           Pada masa yg sama, hendaklah anda ketahui..sesungguhnya anda akan beroleh imbuhan atau pahala.Jika anda seorang ibu, anak-anakmu akan menjadi penyokong Islam dan penolong agama,jika anda mampu mendidik mereka dengan pendidikan yang benar. Mereka akan berdoa untukmu dalam sujud-sujud dan dalam ibadah malam mereka.

          Alangkah bahagianya menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang dan kelembutan. Dan cukuplah bagimu untuk merasa mulia dan bahagia. Ibu Nabi Muhammad s.a.w juga adalah seorang ibu yang telah menghadiahkan seorang pemimpin yang luar biasa dan Rasul yang mulia kepada seluruh manusia.

          Anda sendiri pun, sebenarnya..mampu menjadi seorang penyeru ke jalan Allah di antara wanita-manita sejenismu. Berbicaralah dengan kata-kata yang menyejukan hati, dengan nasihat yang baik, dengan hikmah, berdebat dengan cara yang baik, dengan berbincang, dengan petunjuk, dengan contoh yang benar dan bertoleransi.

         Terdapat ramai wanita sentiasa di kenang dan diingati kerana menjadi rujukan dalam agama, rasa malu, hijab, akhlak yang baik, hormati tetangga, dan taat pada suami. Kisah hidupnya akan harum dan sentiasa diceritakan oleh ramai orang, dijadikan nasihat di majlis-majlis dan sebagai idola.


                                   PEDOMAN HIDUP

    HARI ESOK AKAN MENGHAPUS SEMUA MIMPI BURUK,           
    MENGUSIR SEMUA KESEDIHAN, DAN MENGGANTINYA
                            DENGAN CANDA DAN TAWA

  "ALLAH AKAN MENJADIKAN KELAPANGAN SELEPAS KESEMPITAN"

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah.. Syukur nikmat yang Allah beri pada hamba yang lemah ini Setelah menunggu dalam 6 Tahun akhirnya bersama... Akan ku jaga ama...